Kerajaan Johor sedang mengkaji untuk membangunkan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor Bahru bagi menyepadukan sistem pengangkutan di bandaraya berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata langkah itu mampu menjadi penyelesaian kepada masalah kesesakan jalanraya yang semakin kritikal di pusat bandar itu.