Penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengesyorkan penggunaan vaksin COVID-19 untuk bayi hingga kanak-kanak pra sekolah, pada Sabtu.
Keputusan sebulat suara diputuskan susulan vaksin koronavirus perlu diberikan kepada umur seawal enam bulan hingga empat tahun bagi melindungi kumpulan terakhir yang masih belum divaksin itu.