Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan melaksanakan reformasi dan tindakan segera dalam memerangi gejala rasuah di negara ini.
Menurut Majlis Presiden PH dalam kenyataannya hari ini, ini termasuk Rang Undang-Undang Pendanaan Politik serta meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen.