Ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii mendakwa Bersatu sedang menggerakkan langkah bagi cuba meletakkan pemimpin parti itu menjadi perdana menteri.
Menurut Razlan, walaupun hal itu dinafikan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, pengakuan dua orang pemimpin politik bahawa Muhyiddin telah mengadakan pertemuan agar dia dilantik semula menjadi perdana menteri tidak boleh disangkal lagi.