Mahkamah | Hukuman mati tidak dimansuhkan, hakim diberi pilihan - PM

AWANI 2022-06-10

Views 0

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata hukuman mati tidak dimansuhkan dan masih kekal namun perubahan yang dilakukan ialah memberi pilihan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

Beliau berkata langkah itu membolehkan hakim tidak lagi terikat dengan perkataan 'mandatori' bagi hukuman mati yang menyebabkan mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati seperti diperuntuk undang-undang contohnya dalam kesalahan mengedar dadah.

Share This Video


Download

  
Report form