Kerajaan beri jaminan akan melakukan penambahbaikan dari pelbagai aspek sekiranya mempunyai hasrat untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan semula (GST).
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Laporan Kewangan Rakyat ke-98 yang diterbitkan hari ini berkata, aspek tersebut termasuk kecekapan proses bayaran balik, meningkatkan tahap kemahiran pegawai kerajaan, dan tahap pematuhan peniaga.