Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendedahkan bahawa beliau sentiasa mahu kembali ke kawasan asalnya di Sungai Besar.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab teguran Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos supaya Khir tidak perlu membuat “come back” sebaliknya perlu “go back”.
Ini selepas Khir dilaporkan menyuarakan hasratnya untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar pada PRU akan datang dan mahu mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada Umno dan BN.