Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengeluarkan sejumlah 220 kompaun dan tujuh arahan pematuhan daripada 1,258 pemeriksaan yang dilakukan ke atas majikan menerusi Ops Kesan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di seluruh negara pada Khamis.
Menurut Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed menjelaskan ia melibatkan kesalahan majikan yang gagal melakukan caruman di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).