Di Perak, penternak ayam kampung kacukan yang menjalankan penternakan secara kecil-kecilan juga menyeru agar kerajaan membantu mereka.
Antara mereka termasuk Jamilah Sharudin, 60 tahun, yang mengusahakan ternakan ayam kampung kacukan di Chemor, Perak, sejak lebih enam tahun lalu.