Lebih 600 kes Cacar Monyet telah dikesan di seluruh dunia melibatkan 26 negara setakat ini.
Ketua Penularan Penyakit dan Zoonosis, Program Kesihatan Kecemasan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Maria Van Kerkhove berkata, sejak 13 Mei hingga 1 Jun, jumlah jangkitan keseluruhan mencecah hampir 650, dengan pelbagai kes yang disyaki telah dikenal pasti.