Tiada tarikh tamat bagi Memorandum Persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik di antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan kata Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu Tan Sri Annuar Musa.
Sebaliknya, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata mou tersebut menyatakan bahawa kerajaan dan ph bersetuju untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum 31 Julai ini.