Annuar Musa mengakui bahawa dia tidak berdiri ketika diminta bangun oleh Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, sebagai tanda memberi sokongan agar PRU disegerakan.
Namun kata bekas setiausaha agung BN itu, keengganan mengikut kemahuan Ahmad Zahid bukan bermakna dia tidak setuju agar PRU diadakan segera.