Beroperasi di bangunan berusia lebih 60 tahun, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) sentuhan kasih di Kuching tidak lagi mampu menampung kemasukan pelajar baharu.
Bilangan kanak-kanak istimewa yang mencecah 110 orang membuatkan bilik darjah di pusat tersebut semakin sempit dan kurang kondusif.
Kini pihak pengurusan pusat itu giat mengumpul dana bagi membuka ppdk baharu yang selesa, luas untuk jangka masa panjang.
Bagi ibu bapa kanak-kanak istimewa di PPDK sentuhan kasih, mereka berharap pusat tersebut terus beroperasi sehingga anak-anak mereka menginjak usia dewasa.
Tenaga pelatih di pusat tersebut telah banyak membantu anak mereka berdikari dan memberi harapan untuk masa depan yang lebih cerah.