Skor indeks yang menunjukkan bahawa tahap kepercayaan terhadap media di Malaysia ketika ini mengalami penurunan adalah disebabkan oleh beberapa faktor.
Menurut Penganalisis Politik Prof. Dr Sivamurugan Pandian, aktiviti kewartawanan kebelakangan ini telah melalui satu fasa transformasi di mana perkembangan platform digital termasuk sosial media semakin berkembang begitu pesat.