Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengakui lebih selesa bertanding di Parlimen Jerlun berbanding Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Ia susulan ura-ura yang menyatakan beliau calon paling sesuai untuk menggantikan bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mengumumkan tidak akan bertanding lagi di dalam PRU.