Amaran hujan lebat dan ribut petir telah dikeluarkan dari semalam.
Seperti dijangkakan, hujan dari pagi masih berterusan sehingga saat ini. Biarpun tidak lebat, beberapa kawasan dilaporkan dilanda banjir kilat.
Ini sudah tentunya menyuntik rasa resah, bimbang dalam kalangan warga Lembah Klang terutamanya.
Apabila hujan sahaja, apa yang terlintas di fikiran, pasti akan banjir.
Wartawan Fareez Azman ada melakukan tinjauan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang yang berhampiran dengan sungai untuk melihat sendiri situasinya setiap kali berlaku hujan berterusan.