Pelbagai usaha dilakukan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membantu meningkatkan produktiviti usahawan di Sabah agar lebih berdaya saing seiiring tekanan ekonomi semasa.
Usaha itu bukan daripada latihan dan kemahiran tetapi juga dalam bentuk suntikan dana.
Malah sejak negara dilanda pandemik Covid-19 pada tahun 2020 hingga April tahun ini, lebih 92 juta ringgit pembiayaan diperuntukkan untuk peniaga negeri itu.