Kekurangan bekalan ayam di Johor dijangka terus meruncing sehingga minggu depan dan mengambil masa untuk pulih semula.
Tinjauan Astro Awani di sekitar Pasar Awam Larkin, Johor Bahru mendapati sebilangan peniaga mengeluh berikutan ayam yang diterima daripada pembekal semakin berkurangan.