Hari ini hari kedua lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Sabah.
Beliau mempunyai jadual padat sepanjang lawatan beliau ke negeri itu sehingga esok.
Antaranya, merasmikan Majlis Aspirasi Jelajah Keluarga Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di Kota Kinabalu.