Misi skuad bawah 23 tahun (B-23) negara untuk melangkah ke final Sukan SEA edisi ke-31 terhenti di separuh akhir selepas selepas tewas 0-1 di tangan Vietnam pada aksi yang berlangsung di Stadium Viet Tri, di Hanoi, malam Khamis.
Ia menyaksikan skuad negara gagal menamatkan kemarau pingat emas yang kali terakhir dimenangi 11 tahun lalu di Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia.