Tutup Ladang Ayam | KPDNHEP Melaka optimis bekalan ayam tidak terjejas

AWANI 2022-05-19

Views 0

KPDNHEP Melaka optimis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di negeri itu pada sabtu dan ahad, tidak menjejaskan rantaian bekalan makanan.

Pengarahnya Norena Jaafar menegaskan, penutupan berkenaan juga tiada kaitan dengan isu protes oleh sekumpulan penternak mahupun kartel seperti yang didakwa pihak tertentu.

Siasatan KPDNHEP Melaka mendapati penutupan dua hari ladang ternakan itu adalah disebabkan ayam hidup di ladang yang terletak di Merlimau, Jasin itu mengalami pertumbuhan yang lambat dan berat badan tidak mencapai kadar yang sepatutnya.

Share This Video


Download

  
Report form