Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang maut ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam pada Sabtu lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Shafee Abd Samad selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.