Letak minuman bir, ringan pada rak sama, pemilik kedai runcit didenda RM3,000

KiniTV 2022-05-18

Views 1.9K

Seorang pemilik kedai runcit di Manjung, Perak, dikompaun RM3,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana meletakkan minuman bir dan minuman ringan (Coca-Cola) pada rak yang sama di kedainya.

Ahli parlimen Beruas dari DAP Ngeh Koo Ham mengkritik tindakan KKM tersebut dan mendakwa pegawai itu menyalahgunakan kuasanya.

Katanya pada sidang media dengan pemilik kedai hari ini, bir itu ditanda dengan jelas dan semestinya pelanggannya boleh membezakan minuman beralkohol dan ringan.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=4831628270279527

Share This Video


Download

  
Report form