Di Pulau Pinang, seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth, atas dua pertuduhan rasuah membabitkan pembelian peralatan sukan lima tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah dan minta dibicarakan.