Projek pembinaan jalan raya menghubungkan Sibu ke Kapit sepanjang 101 kilometer yang dirasmikan pada Oktober 2020 nyata membuka lembaran baharu buat penduduk di bahagian terbesar negeri itu.
Bukan sahaja tidak lagi bergantung harap kepada pengangkutan air, malah kini sudah ada perkhidmatan bas ekspres di sana.
Selain menawarkan tambang yang berpatutan, jadual dan masa perjalanan yang konsisten, membuatkan penduduk kapit dan sibu memilih menggunakan perkhidmatan ini.