Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) seorang nelayan warga emas yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut diperluaskan dengan sektor pencarian meliputi 20.28 batu nautika persegi.
Pengarah Maritim Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata pencarian yang memasuki hari kedua itu tertumpu di kawasan Perairan Kuala Chendering.