Identiti tiga lagi jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara awal pagi Khamis, telah dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, identiti mayat disahkan melalui rekod pergigian ketika proses pengecaman di Hospital Taiping.