Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta pemimpin-pemimpin PAS menghentikan serangan terhadap Umno di media sosial.
Dia menjawab kenyataan Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin yang berikrar parti Islam itu akan meneruskan agendanya untuk menyatukan umat Islam "walaupun presiden Umno telah menolaknya".