Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Timbang, Sandakan menerima sebuah bot sumbangan Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Penyerahan disempurnakan Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Roslan Mohd Yunus kepada Guru Besar SK Pulau Timbang, Arman Haji Amir dalam satu program Projek Jiwa Murni Di sekolah berkenaan pada Rabu.