Sebanyak 2,400 daripada 18,702 pengambilan guru secara one-off atau sekali pengambilan akan diisi oleh Guru Kontrak Perkhidmatan (COS) yang bakal tamat kontrak Jun ini.
Tawaran kepada calon yang berjaya dalam pengisian jawatan berkenaan akan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sebelum hujung bulan ini.