'Saya tak risau hubungan dengan Anwar, mulut saya memang 'laser' dari dulu'

KiniTV 2022-05-11

Views 1K

Calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli tidak risau mengenai hubungannya dengan pimpinan parti termasuk presidennya Anwar Ibrahim berikutan pendekatannya yang sering dilihat 'keras' dan 'tajam'.

Ketika ditemui selepas debat televisyen bersama pesaingnya Saifuddin Nasution Ismail, Rafizi berkata perbezaan pendapat akan sentiasa wujud namun apa yang penting adalah setiap ahli tidak lari daripada landasan idealisme yang didukung parti.

Share This Video


Download

  
Report form