Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di Vietnam akhirnya berjaya menuai pingat emas pertama menerusi penerjun negara Nur Dhabitah Sabri yang beraksi dalam acara terjun satu meter papan anjal.
Terjunan emasnya gagal disaingi oleh penerjun lain apabila beliau menyempurnakan kesemua tujuh terjunan dengan mengumpul mata keseluruhan 290.45