Rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri antara acara yang paling dinantikan pelbagai lapisan masyarakat selepas dua tahun berturut-turut ia tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19.
Dengan kelonggaran sambutan aidilfitri selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1April lepas, ia menyaksikan pelbagai pihak tidak melepaskan peluang menganjurkan rumah terbuka.