Sepasang suami isteri tidak menyangka daripada hanya 'suka-suka' membuat kuih bahulu inti untuk santapan keluarga dan sedekah kepada jiran, akhirnya memberi pulangan rezeki terutama ketika ramadan serta menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Berbanding tahun-tahun sebelumnya, Ramadan kali ini dianggap luar biasa kepada pengusaha roma bahulu, Mamat Md Nasir, dan Roslina Rosli, apabila mereka menerima tempahan bahulu inti sehingga lima kali ganda.