Jasad Nagaenthran Dharmalingam yang menjalani hukuman mati di penjara Changi di Singapura pada Rabu disemadikan dengan cara dibakar di Krematorium Buntong, di Ipoh pada Jumaat.
Jasad mendiang dibawa dari kediaman keluarganya di Taman Indah, Tanjung Rambutan sebelum dibawa dengan menaiki van dan tiba di Krematorium itu pada jam 4 petang.