Sebanyak 89,976 baki tiket perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih tersedia bagi menampung permintaan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata baki tiket itu melibatkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), ETS tambahan (KL Sentral-Padang Besar), KTM Intercity melibatkan Ekspres Rakyat Timuran, Ekspres Selatan dan Shuttle Timuran serta Ekspres Khas Keluarga Malaysia pada 23 April hingga 8 Mei ini.