Industri Ayam, Telur | Perkembangan siasatan isu kartel

AWANI 2022-04-29

Views 0

Sebelum ini terdapat dakwaan wujud kartel dalam industri ayam serta telur.

Susulan dakwaan itu, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) giat meneruskan siasatan terhadap dakwaan tersebut termasuk melakukan serbuan dan mengambil keterangan daripada perusahaan berkaitan.

MYCC menubuhkan pasukan khas bagi melaksanakan siasatan menyeluruh berhubung isu persaingan dalam industri berkenaan, susulan arahan Majlis Tindakan Kebangsaan Mengenai Kos Sara Hidup (NACCOL).

Untuk perkembangan terkini berkenaan siasatan tersebut kita bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MYCC, Iskandar Ismail.

Share This Video


Download

  
Report form