Pelitup muka masih wajib dipakai ketika berada di kawasan tertutup dalam premis sekolah kecuali dalam situasi tertentu berkuat kuasa 1 Mei ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin.
Antara pengecualian tersebut adalah ketika guru mengajar, untuk individu berkeperluan khas dan mengalami masalah pernafasan serta ketika melakukan aktiviti sukan dan rekreasi.
Selain itu enjarakan fizikal yang menetapkan jarak satu meter antara satu meja dengan meja yang lain di dalam kelas sebelum ini turut dimansuhkan.
Sumber video: https://www.facebook.com/KemPendidikan/videos/490631706181259