Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat berkata meskipun hakim tertakluk kepada kritikan awam namun tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap mereka serta badan kehakiman kebelakangan ini agak keterlaluan.
Menurutnya walaupun rakyat termasuk ahli politik bebas mengkritik badan kehakiman pada tahap tertentu, tidak bermakna mereka boleh melakukan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu demi kepentingan sendiri.
Tengku Maimun berkata demikian semalam ketika berucap pada majlis angkat sumpah 17 pesuruhjaya kehakiman yang disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=V1b5DwyKqKw