Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini melancarkan laporan tahunan hak asasi manusia untuk 2021, mendokumentasikan kemerosotan hak sivil dan politik di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisamy berkata antara faktor penyumbang yang dikenal pasti termasuk sekatan penuh kedua yang dikenakan awal tahun lalu, serta ketidakstabilan politik.
Dia berkata demikian ketika ucapannya semasa pelancaran laporan yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Sumber video: https://fb.watch/cEI_F7fI4d/