Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Amerika, Lloyd Austin, dilaporkan akan melawat Kyiv bagi membincangkan gesaan Ukraine untuk mendapatkan lebih banyak senjata berat.
Lawatan yang diumumkan Presiden, Volodymyr Zelenskiy itu adalah perjumpaan peringkat tertinggi oleh pegawai Amerika sejak Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu.