Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah meluluskan peruntukan khas kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi proses pembelian pil COVID-19.
Dana itu bagaimanapun akan disalurkan mengikut keperluan berdasarkan jumlah pil yang ditempah.
Jelas Abang Johari, Sarawak ketika ini dalam fasa perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan bekalan pil COVID-19 keluaran Pfizer.