Pihak polis meneruskan proses pemburuan baki 130 tahanan warga Rohingya yang masih lagi bebas selepas mereka meloloskan diri dari depot imigresen sementara Relau, semalam.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad memaklumkan setakat pagi Khamis, 398 individu telah ditemui semula termasuk enam yang disahkan meninggal dunia.