Tindakan rejim Israel yang mencetuskan pelbagai keganasan terhadap penduduk Palestin adalah bersandarkan beberapa objektif utama yang mana untuk menukar status quo Baitulmaqdis.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iris Institute, Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim, tindakan itu adalah bagi memastikan Baitulmaqdis tidak lagi berada di bawah naungan umat Islam.