Anwar tak terlibat bincang 'khemah besar' tapi tak sekat PH runding

KiniTV 2022-04-20

Views 162

Pakatan Harapan akan mengutamakan membina kekuatan sendiri dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 berbanding usaha membentuk pakatan dengan pihak lain di bawah pendekatan yang dipanggil 'khemah besar', kata Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun pengerusi Pakatan Harapan itu menjelaskan blok pembangkang tidak akan menutup pintu kepada parti politik lain yang mahu berunding.

Baru-baru ini beberapa pemimpin PH khususnya daripada Amanah, menggesa pendekatan 'khemah besar' dalam menyatukan semua parti pembangkang untuk menentang BN dan Perikatan Nasional.

Laporan lanjut; https://www.malaysiakini.com/news/618515

Share This Video


Download

  
Report form