Setiap pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat sebagai satu pasukan bagi berbincang mengenai pengagihan kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kata sepakat akan tercapai dalam agihan kerusi sekiranya setiap pemimpin memikirkan kebaikan bersama untuk Sabah dan rakyatnya.