COVID-19 | Risiko diabetes bagi kanak-kanak dijangkiti

AWANI 2022-04-17

Views 4

COVID 19 telah meragut lebih 35 ribu nyawa penduduk Malaysia.

dalam kalangan yang pulih pula, ada yang mengalami kesan long COVID-19 yang berterusan antara tiga hingga enam bulan selepas sembuh.

Antara gejala yang dialami ialah cepat letih dan mengalami masalah tidur.

Hingga kini pelbagai kajian masih dijalankan oleh saintis serta penyelidik termasuk bagi mengenal pasti kesan COVID-19 terhadap mereka yang dijangkiti.

Terbaharu pusat kawalan dan pencegahan penyakit (CDC) amerika syarikat dalam kajiannya mendapati berlaku peningkatan kes diabetes yang ketara dalam kalangan golongan berusia 18 tahun ke bawah.

Kajian mendapati risiko diabetes adalah 166 peratus lebih tinggi dalam kumpulan yang pernah dijangkiti virus tersebut berbanding mereka yang tidak dijangkiti.

Serta 116 peratus lebih tinggi berbanding kumpulan yang menghidap jangkitan virus respiratori akut prapandemik.

Untuk mengulas lanjut bersama ditalian ketika ini Prof Madya Dr Malina Osman Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM).

Share This Video


Download

  
Report form