Polis menahan seorang remaja perempuan yang disyaki mengelar leher pemandu e-hailing selepas enggan membayar tambang berjumlah RM400.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata remaja berusia 16 tahun itu ditahan di sebuah premis perniagaan di Jinjang, Sentul kira-kira jam 4.55 petang pada Sabtu.