First Ambulance Sdn Bhd dan YTL Communication bakal melancarkan ambulans 5G pintar pertama di Malaysia bagi membantu rakyat mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jalinan kerjasama ini selari dengan visi Kementerian Kesihatan untuk menambah baik kecekapan dan kualiti perkhidmatan kecemasan bagi kesihatan di Malaysia.