Sarawak menawarkan pinjaman RM1 bilion kepada kerajaan pusat sebagai pendahuluan membina sebuah pusat kanser di negeri itu.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum dibentangkan kepada Kabinet dan Perdana Menteri untuk diluluskan.